Wednesday 31 March 2010

Kisah Hari Ini

Kisah kesah


KISAH HARI INI..

HI Korang!!!=)sehat ke..okey dipendekkan cerita hari ini aku nak bercerita tentang apa yang aku dah lalui untuk hari ini...

Hari ni 31 Mac 2010 kan??okey pergi semak kalendar jika aku salah..Tarikh hari ini aku pergi ambil test JPJ..untuk melayakkan aku memperoleh lesen PERCUBAAN atau pun dikenali sebagai lesen 'P'..haa..agak agak aku lulus ke G****???ni nak yang nak mulakan cerita ni kawan kawan...sekadar ingin berkongsi pengalaman..sesiapa yang dah berjaya memperoleh lesen tu dan singgah di blog ni pon boley la kan kongsi kongsi apa yang korang rasa waktu mula mula ambil test JPJ tersebut...

Okey..Alkisahnya bermula jam 8.30 pagi..WAktu waktu macam ni sememangnya sejuk tambahan malam semalam hujan..wooo...STOP..(aku nak cakap yang sebenarnya tangan dan kaki aku dah sejuk)Waktu ni aku dah sampai ke Tempat Latihan untuk mengambil test tersebut bersama dua orang lagi calon...Jumlahnya tiga orang la termasuk aku..dua orang Perempuan dan Seorang Lelaki..Hmm..memang tak dapat dibayangkan la apa yang aku rasa sebenarnya..Bila dah sampai sana rasa keyakinan tuh memang ada tapi was was la pulak..Aku lihat calon wanita yang seorang lagi tuh dah pergi ke ruang menunggu untuk ambil test sesi Pertama..hmm..tak sempat nak wish GOOD LUCK..=(tapi aku mendoakannya dalam hati...

Aku pun pergi la semak senarai nama untuk mengetahui angka giliran aku...okey..bila mata aku dah kelabu semak nama aku baru la ternampak nombor 10 tercatatnya nama aku

10. NUR HAZIQAH BINTI MOHD ZAKI ~SESI KE DUA 11.00 pagi hingga 1.00 petang~

mak aih lambat lagi ni..aku tengok jam baru nak masuk jam 9.00 pagi...tanpa buang masa aku jalan la pergi kantin lepak sorang sorang...HAHAHA...tapi aku ternampak calon lelaki yang sekali ambil test dengan aku hari ni...Dia senyum dan aku pun senyum la balik...dari situ bermula la kedai kopi pagi antara aku dengan dia...ahah...

first soalan biasa la kan..malas nak cakap kat sini..tapi kami tak sempat bertanya nama hanya sekadar ber'awak' dan ber'saya'..dari satu topik ke satu topik kami bercerita..Semuanya berkenaan dengan pengalaman semasa belajar memandu dengan Cikgu kitorang yang Sporting tu..dan ada jugak la tips tips untuk tahan rasa gugup untuk test hari ini..

antaranya:
(1) Jangan GABRA weyh..bertenang,,,walau apa yang korang rasa pun diam je buat buat 'Cool'
macam aku la kan tapi padahal dalam hati tuhan je yang tahu...

(2)Ingat balik step step yang cikgu dah ajar

(3)Murahkan dengan senyuman dengan orang orang sekeliliing mana tau dapat kawan sembang untuk 2 atau 3 jam pun dah boleh hilang rasa gugup..kan kan..=)

(4) Berdoa la dalam hati minta ditenangkan segalanya..

(5)Akhir sekali BERTAWAKAL lah..sesiapa yang first time ambil test ni mungkin faham la apa yang aku rasa..

okey habis fasal tips ni..beralih pula ke situasi seterusnya..lepas dah puas cit cat cot sana sini dengan brader yang berumur dalam lingkungan awal 20-an tu aku pon lihat jam..

"aik dah pukul 10.30 pagi la jom turun blok C sana daftar nama"kataku...

Kami pun berjalan la dan selisih dengan kakak yang ambil test sesi pertama tadi..Dia berjalan sambil tersenyum..mesti dia lulus kan...Alhamdulillah..

okey..debaran semakin terasa..aku melangkah ke dewan taklimat sebelum ambil test untuk ambil nombor giliran dan mendengar taklimat dengan setenang mungkin..

Test JPJ ni ada Bahagian II dan Bahagian III
Bahagian II merangkumi ujian melepasi bukit..side parking dan juga keluar tiga penjuru..
Kalau gagal salah satu ni kene ulang semula untuk semua bahagian II..haish tak sanggup nak dengar dah..dalam hati aku rasa nak redah je..ape nak jadi jadi la,,,ahah..

Bahagian III pula "test on the road"
kalau mati enjin dah gagal...kecuali dapat org JPJ yang baik hati bagi peluang!!!ahah...ni semua aku dengar dari story kawan kawan yang pernah dapat 'Tester' yang baik hati ni...
Markah untuk lulus 16/20 sekurang kurangnya..

Selesai mendengar taklimat aku ambil borang untuk test tersebut..alamak hai sejuk gila tangan aku tapi aku diam je..aku tengok member lelaki sebelah tu rileks je..aisehh...tapi takpe la..
dia sempat berpesan"rileks,,sekurang kurang nya salah satu bahagian antara II dan III tu kena lulus"ouh..aku nak dua dua lulus la...HAHAHA..TAMAK sungguh..ape ape pun aku cakap buat setakat mana yang boleh..YEAH...

Kaki kami pon melangkah dengan setenang yang mungkin menuju ke pondok menunggu..dekat leher masing masing dah ada nombor giliran dan aku dapat nombor ganjil la sepatutnya nombor 10 tadi kan...HAHAHA..member sorang lagi pun senasib la pulak...haaa..ready ehh...nak naik bukit ni..

Sementara menunggu tu aku tengok la calon lain yang buat test dulu...woo..
Ada seorang ni da elok da tayar dia masuk dalam petak..cantik..kemas..gaya berhenti semua nampak 'perfect' sampai aku dalam hati ni pun rasa tercabar lahh...dan dah takut..sebab??sebab aku berfikir boleh ke aku buat gaya berhenti macam dia...kalau la boleh..aku pun semangat la nak tengok kakak tuh turun bukit pulak kan,,mesti cantekk je sebab naik pun dah lepas..tapii...

alahai KERETA KANCIL yang comel tu mengundur la pulak..Aku dah tambah sejuk ditambah pulak la dengan keadaan cuaca yang agak PANAS..aku rasa sejuk sejuk PANAS la kann..WAHAHAHAHA...sayang..kakak tu terpaksa keluar..hmm...makin dup dap dup dap la jantung ini sebab aku selalu tak passed part bukit ni time latihan dulu..lalalaalala...

okey..sampai giliran aku pulak..semua calon dah masuk kereta masing masing..member aku yang sorang tadi tu pun belakang aku rupanya...ALAHAI...siap boleh balas balas senyum melalui cermin pandang belakang untuk bagi semangat..ye lah kitorang belajar di sekolah memandu yang sama..HAHAHAHA

..".okey calon nombor _ _ sila gerakkan kereta anda ke hadapan" arah seorang pegawai bertugas pagi tu..aku tenang menggerakkan kenderaan ke hadapan dan berhenti untuk pegawai tersebut catit maklumat yang patut..

"Cik Haziqah awak boleh mula bergerak sekarang"

Terkejut jugak macam kene sergah tapi aku mulakan pergerakan...
ouh..aku mula naik bukit ni korang..HAHAHA...aku masalah seket nak agak jarak tiang tu supaya tayar masuk petak kuning..GRRR..redah je la....

Aku berhenti mengejut dan free kan gear tarik handbrek..tak sempat aku nak check tayar pegawai JPJ tu da suruh turun..waaa...aku check jugak okey TAYAR masuk rupanya patut la kena halau turun...ni yang lemah tapi ALHAMDULILLAH aku berjaya turun...pergi masuk parking pulak weyh...waa..ini pun aku agak kureng jgak sebab susah nak anggarkan jarak tiang tuh..tapi kan tapi kan ALHAMDULILLAH aku lepas...tiga penjuru pun lepas...SYUKUR..Bahagian II lepas semua..=)

Aku tunggu kat pondok lepas dah serah borang dekat Pejabat untuk tunggu BAHAGIAN III pulak..sementara menunggu tu aku nampak lagi brader yang jadik teman borak pagi tadi..dia buat muka takde riak pulak...HAHA..aku pun diam la then dia keluar dari pejabat and duduk sebelah aku..

"macam mane???lepas tak??"katanya

"Alhamdulillah..lepas...awak macam mane plak?"

baru laa dia senyum and cakap lepas jugak...rupanya kene sound dengan Puan JPJ tuh..haha..
'cengei katanya'...patut la aku dengar suara kuat kuat kat tengah tengah ruang yang panas tuh...
tak pe laa..janji lepas daa bahagian II ni kan..heh..

fuhh....Lama sungguh menunggu..tggu punya tggu untuk BAHAGIAN III tiba tiba ade pengumuman

KEPADA SEMUA CALON!!! SESI UJIAN HARI NI BEREHAT SEKETIKA..SILA KEMBALI PADA JAM 1.45 petang...walamak...lambat gila weyhh...PANAS lagi...

okey aku pon melangkah pergi nak pergi carik cikgu kitorang tapi takde la plak...hmm...lepaking lagi laa tengah panas tu...sambil gementar menunggu untuk ujian BAHAGIAN III pulak..lepas borak sana borak sini ng brader tu aku mintak diri la plak..WAKAKAKAKA...lepak sorang sorang then aku tengok keadaan keliling..

Bila dah sorang sorang tuh ade plak sorang kakak yg manis berbaju kurung merah dan seorang lagi ni macam wanita yang dah berkahwin..Tiba tiba mereka duduk di kiri dan kanan aku...TERLALU RAPAT...RAPAT...hingga aku tersepit di tengah tengah....HAHAHAHA...then sesi chit chat versi perempuan yang merangkumi pelabagai peringkat usia ni pun bermula lahh...

okey aku berusia 18 tahun
kakak baju kurung tuh dalam lingkungan 25 tahun
dan seorang lagi dalam 30-an...WAHAHAHAHAHA..sempat jugak aku buat muka toya sebab kene HIMPIT HIMPIT macam tuh tapi tak kesah....akak dua orang neh peramah weyhhh=)

sesi dialog kitaorang bermula
akak baju K merah: eh adik ni amik test ke hari ni...dah berapa kali da???

aku: erm ni pertama kali ...akak???

akak baju K merah: ouh..tak takut ke..akak kali kedua ni..naik fed up dah nehh..

aku: eh kenapa plak??oo kira akak amik ulangan la ni..test ape hari ni??

Akak baju K merah: fed up kena datang sini balik,,HAHAHA...akak amik bahagian III hari ni..

aku senyum..aku nak tanya banyak lagi tiba tiba nombor giliran aku pulak dipanggil...aik..dah nak test plak..aku tak perasan jam nak pukul 2 petang seyhh..aiyarkk...

cuakk...tunggu kejap dan yeahh..sebuah kereta VIVA menunggu..aku melangkah...dan melangkah..aku masuk dan beri salam...

seorang Pegawai JPJ yang berumur dalam lingkungan awal 30-an sedang mencatit sesuatu
seorang pegawai lelaki yang wajahnya bercahaya dan ada ketenangan di situ..wahh..lagi la aku gementar...dah la tak pernah redah VIVA...segalanya berjalan dengan lancar...aku buat langkah langkah yang aku ingat seperti biasa

TAPI..bila aku dah mula nak bergerak ENJIN KERETA MATI..MATI...MATI...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...mahu menangis dalam hati tapi aku senyum jugak...

encik JPJ: rilek Haziqah...start enjin balik(tenang sahaja suara itu)

aku: baik...minta maaf encik

aku start enjin dan semuanya okey...aku bergerak seperti biasa memulakan perjalanan walaupun agak gugup aku tenang...

bila da nak keluar dari PUSAT LATIHAN tu arghhhhhhhhhhhhhh,,,enjin MATI lagi...waaa...apa aku nak cakap...

encik JPJ: awak okey tak ni??boleh tak???

aku: Boleh encik saya gementar sikit je

encik JPJ: ye ke sikit??suara awak macam tak terkeluar dah tuh..(dia senyum)

aku: agak gugup jugak la encik..

encik JPJ: okey takpe..awak buat lagi sekali (sambil tersenyum)

aku: okey encik terima kasih

semua dah okey..bila sampai kat selekoh alamak....aku termasuk line jalan yang bertentangan sedikit..

haa..kali ni dia suruh aku bagi signal dan berhenti di bahu jalan...

encik JPJ tu senyum dan tanya

"okey haziqah awak tahu kan apa kesalahan awak"tenang sahaja pegawai tu bercakap

aku: tahu encik...saya tak dapat kawal stereng lepas tuh termasuk jalan yang kat sebelah tuh sikit

pegawai tersebut senyum dan

encik JPJ: haaa..awak tahu pun kan tapi saya tak boleh nak bg awak peluang dah sebab pasal enjin tadi tu saya dah tebus...

ahah..okey..saya faham encik...

Encik JPJ tuh pegang borang penilaian aku dan siap lukis apa kesalahan yang telah aku buat..aku tengok dan faham sebenarnya sebab bnyak kali dah cikgu aku cakap benda yang sama dan selama proses pembelajaran kawalan stereng aku okey dan alhamdulillah baik cuma waktu test hari nih agak kantoi...alahaii..ruginyaa rasa...dah la dapat Tester yang cakap lembut..muka pun buat hati sejuk takdela kering dengan senyuman...Kulit cerah pulak tu lagi laa nampak baik...HAHAHA...kesian sungguh...apepun aku bersyukur la jugak kan sebab tak kena halau keluar masa kesalahan pertama...aku dan Pegawai JPJ yang bertugas tu pun bertukar posisi tempat duduk

aku pulak jadi PENUMPANG...HAHAHA..

encik JPJ: so haziqah lepas ni awak ambik ulangan Bahagian III sahaja ye...sebab BAHAGIAN II awak okey..masa belajar dulu awak memang lemah BAHAGIAN III ke??

aku: erm kalau mengikut penilaian saya BAHAGIAN III la yang saya suka buat dari BAHAGIAN II cuma entahlah hari ni saya agak gugup pulak..

encik JPJ: ahaa...awak first time amik test la ni kan..

aku senyum dan angguk

encik JPJ: tak pe...jangan risau...keasalahan awak sikit sahaja cuma perlu banyak latihan lagi dari segi kawalan stereng...

aku diam dan senyum je la....dan cakap terima kasih la encik bagi saya peluang tadi..HAHAHAHA..kira kesalahan berat tuh mati enjin..ish...

encik JPJ: perkara biasa la tuh calon yang pertama kali..awak kena bawak orang JPJ selalu la macam ni senang sikit nak lepas test..

aku: HAHA..saya tak mampu kot nak bayar ujian ulangan byak kali...

encik JPJ:banyak kan la latihan dengan cikgu awak lepas tuh set tarikh yang sesuai balik untuk ambil test..

Kereta VIVA kian meluncur laju...nak sampai kat PUSAT LATIHAN...

aku: baik lah encik..(aku senyum je)

encik JPJ:awak anak ke berapa???

aku: saya sorang je..takde adik beradik...

encik JPJ: ohh....senang la nak mintak apa semua dapatkan(dia gelak tanpa sedikit pun melarikan pandangan dari fokus pemanduan)

aku: eh tak dela macam tu....kadang kadang apa yang kita nak tak semua dapat...bergantung dengan mak abah saya la..

encik JPJ: ikut kemampuan keluarga jugak kan tapi okey la adik beradik ramai pun susah...

aku senyum dan tak banyak komen..

encik JPJ: lepas ni nak sambung belajar mana??

aku: ouh buat masa ni saya tunggu je tawaran mana mana..ada rezeki saya pergi lah..

encik JPJ: okey..ayah awak kerja mana??

aku: kakitangan kerajaan dekat KL

encik JPJ: ibu awak??

aku: surirumah=)

encik JPJ: sepenuh masa ke??

aku: Ha.ah....

encik JPJ: ouh dari dulu ke??

aku: takde la...dulu mak saya kerja pembantu pegawai pergigian lepas tuh berhenti..

encik JPJ: kenapa?

aku : keadaan kesihatan tak mengizinkan...

Encik JPJ tuh angguk tanda faham

encik JPJ: okey kita sampai..(dia senyum lagi)

aku cakap TERIMA KASIH dan terus nak keluar...

"eh nanti..awak lupa nak ambil borang ni"

aku: ops sorry...terima kasih la encik...

encik JPJ: sama sama...jangan lupa pesan saya tadi..okey..jumpa lagi insyaALLAH...bye..

aku: (senyum) okey encik TERIMA KASIH yee..bye..Assalamualaikum

"Wmsalam"( senyum lagi)

Ya ALLAH...bertuahnya aku dapat tester yang baik hati dan peramah macam tu tapi tu la tak de rezeki aku nak gunting LESEN 'L'..huxhux=(..Tester lain aku tengok semua macam serius...kepada calon yang ambil test sama dengan aku hari ni kalau dapat Tester macam tuh tahu lahh....sangat RAMAH>>RAMAH>>>macam ni la yang kita nak kan...=)

aku melangkah longlai ke PEJABAT untuk mengesahkan keputusan aku...PEGAWAI dalam pejabat tu senyum dan cakap takpe set tarikh lain...GOOD LUCK...

i said: terima kasih..tunduk dan berlalu(bukan sebab malu okey tapi hormat)!!HAHAHAHAHA

Aku called cikgu dan cakap dah selesai...boleh jugak la aku gelak..dan cikgu aku kata takpe...itu perkara biasa...heheheheh

tiba tiba aku nampak seorang kaum ADAM yang aku kenal pagi tadi siap bukak kedai kopi hampir 4 jam ng dia...Dia tengah memandu dan Seorang pegawai JPJ duduk di sebelah dia..waa..ALHAMDULILLAH..dia LULUS=)

aku nampak dia jalan ke arah aku tapi senyuman dia tak lah selebar mana dan aku pandang je dan senyum balik kemudian cakap"TAHNIAH" lepas ni kat fb boleh tukar status dah=)

dia gelak dan senyum...ahaa..awak macam mane??

aku senyum dan tenang cakap BAHAGIAN III kantoi tapi Tester tuh baik sungguh..mesra ALAM..HAHAHA(pujian!!!pujian!!!)



"serius ke ni tester tuh baik..waa..nasib baik sungguh..saya dapat yang senyap je nak tanya mcam macam nanti dia pulak yang stress"=)

HAHAHA...ada pulak macam tuh

" tu la tapi tak pe la xde rezeki"balasku

"Bahagian II settle okey la tu..tak payah nak fikir yang tu da kan"

aku angguk kira faham laa...HAHAHAHA...thank you la jadik teman borak dari pagi kira hilang gak gugup aku kannn=)

Bila cikgu dah datang kitorang pun bercerita la sana sini pasal situasi tadi di dalam kereta(nak balik dah)..

HAHAHA...macam macam karenah sungguh...

"apa apa pun ziqa awak lulus jugak part yang awak tak suka tu kan" cakap cikgu aku..

aku: erm tu la kak..tak sangka..part tu la yang saya selalu risau...hehehehe

cikgu: lepas ni awak bincang la dengan ayah awak bila nak amik test..settlekan bayaran dulu dan bg photostat IC dengan Lesen..ayah awak kan "BANKER" untuk awak...(gelak)

aku: (gelak sahaja..walalalala,,)terima kasih la kak eh ajar saya...=)

cikgu: tanggungjawab dah...

kereta cikgu berhenti..aku turun dan cakap

"okey kak thnkss again.brader tahniah ehh.."
akak tu senyum
"okey...baik baik...buat betul betul untuk yang akan datang"sempat brader tu bg pesanan terakhir...

Aku melangkah pergi dengan senyuman walaupun tak dapat bawa balik pelekat P yang berukuran 15cm x 15 cm pun aku dah cukup lega...=)

Kesimpulannya kat sini kalau tak dapat buat untuk yang pertama kali tak salah untuk mencuba buat kali yang kedua...okeyy korangggg=)

oleh" hz"


Tuesday 30 March 2010

hye kawan baru..terima kasih..=)



Kepada semua pemilik BLOG yang singgah ke ruangan blog "Dari Hati Seorang Gadis" saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH kerana sudi singgah di sini dan menambah senarai kawan dalam ruang pengikut..Melalui ruangan ini boleh la buat program jalan pagi..singgah malam...(blogwalking) la kiranya..

Kepada mereka yang ada laman sosial yang lain boleh la kita berhubung okeyy...

take care all=)

by"HZ"

=(

Aku sakit..selsema..doakan aku cepat baik ye kawan...=)

Hmm..indah nya kalau dapat....

okey korang sewaktu aku update blog ni cuaca di luar sedang hujan...hujan yang taklah selebat mana tapi aku boleh rasakan kesejukan...jadi bila dalam keadaan yang sejuk macam macam yang aku nak...

1. Aku nak minum cokelat PANAS..wahhh...nak!!!nak!!!nak!!! sangat sangat..tapi sayang semua dah habis..

2.Aku nak main hujan..berlari lari di tengah ruang yang lapang sambil menikmati kesejukan air yang membasahi kulit wajah..waaa..rindunya zaman itu..agak agak boleh ke tu???mesti la tak kan sebabnya kalau buat macam tu mesti orang cakap aku gila dan tak pasal pasal kena gelak FREE...HAHAHAHA...jadi pendamkan..

3. Aku nak sangat sangat sangat menjerit ketika dalam waktu hujan..bila hujan mesti ade GURUH yang berdentum dentam sana dan sini..Situasi seperti itu membuatkan aku______ seketika jadi untuk menghilangkan perasaan itu aku nak "SCREAM"!!!!!!!

Akhirnya hujan....hujan...hujan....ALHAMDULILLAH...

Monday 29 March 2010

Bila Cinta Di Dusta..SCREEN or SCREAM??HAHA

Bila cinta didusta

Hati mula gelisah

Hilang kekasih hati

Hidup jadi merana

Insan jadi idaman

Kini dimilik orang

Cinta yang diimpikan

Putus di tengah jalan

Terpaksa mengalah


Mengapa menyinta

Andainya tak setia

Tak usahlah bercinta

Jika hanya berpura

Bila hati dah jemu

Mula berpaling tadah

Tak pernah difikirkan
0rang yang ditinggalkan

Tersiksa sayu pilu

Ooo...oo merayu-rayu

Ooo...oo ingin kembali

Ooo...oo meratap sayu

Tidak mungkin orang simpati

Menoleh pun tak sudi


Andainya ditakdirkan

Cintamu didustai

Pastinya kau mengerti

Siksanya perpisahan

Hanyalah ditemani sesalan



Ahah...ini adalah lirik lagu kumpulan SCREEN..lama dah lagu ni tapi aku baru je dengar balik lagu lentok tahap habis nih..haish..putus karan sungguh!!!sebab aku dengar???


1. Aku bluetooth lama dah tapi tak dengar dengar lagi..

2.Sebab bila aku dengar lagu ni aku nak selami betul ke aku ni seorang yang jiwang???HAHAHA(layan seketika tapi tak selamanya!!)harap maklum=)

3.setelah mendengar..ternyata hati aku sedikit tersentuh dengan bait bait yang berikut:-

~Mengapa menyinta

Andainya tak setia

Tak usahlah bercinta

Jika hanya berpura

Bila hati dah jemu

Mula berpaling tadah

Tak pernah difikirkan
0rang yang ditinggalkan

4. rasa nak SCREAM bila dengar lagu ni tapi tak bermakna aku tangkap sedih okeyhh!!!

5.Aku hayati lirik lagu ni sambil aku imbau kembali kisah kisah yang pernah aku dengar

6.Kesimpulannya dari lagu ni kalau dah sayang seseorang jangan terlalu SAYANG!!!

Jom SCREAM RAMAI RAMAI...

by "ulatdelimaciousick"

wwwwwwweeeeeeeeeeehooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!!!

erghhh...Geram NYe Akuu...

Haish..aku rasa geram sangat sangat dan tersangat geram!!!!!tak tahu macam mana aku nak luahkan perasaan Geram ini macam mana!!!!


Kenapa aku GERAM???aku geram terhadap banyak situasi..aghhhhh!!!!!Geram yang boleh mendorong aku untuk campak benda benda yang aku jumpa...dah macam nak lepaskan tekanan lah pulak..tapi memang itu yang aku rasa sebenarnya!!!!

hish!!cukuplah...situasi ni memang buat aku terseksa..teramat seksa...Aku geram dengan ORANG

GERAM dengan LAPTOP

GERAM dengan INTERNET coverage

GERAM dengan Diri SEndiri...

Macam mana ingin meluahkan segalanya sekali gus kawan kawan???perlu ke aku mencari seseorang untuk melepaskan kemarahan..huh!!!!


*GERAM dengan LAPTOP*
kenapa aku perlu geram dengan laptop kesayangan ni???sebabnya Laptop aku ni pernah buat hal dan selepas dah format kembali macam la pulak yang tak boleh...nak install sahaja mesti mintak password...dah macam citer ALI BABA yang nak masuk gua tuh pulak...kene fuh sana fuh sini baru nak jalan,,,ahhhh..ABAIKAN

yang kedua *Geram dengan INTERNET COVERAGE*
satu hal lagi..kenapa la lembab sangat nak access internet..memang lah tak sampai berjam jam tapi kadang kadang situasi ini amat memBORINGkan aku...buat aku bosan nak online selalu sedangkan aku ni memang kaki ONLINE bila waktu waktu kemuncak tuh dah tiba!!!hahaha...(BENGANG taHAp apa dah tak tahu)
rasa macm nak putus fius dan hempuk hempuk jee LAPTOP ni..disebabkan internet yang "SLOW" pun boleh membuatkan aku geram dengan LAPPY...huh


*Geram dengan ORANG*
hmm...siapa yang tak pernah geram dengan orang???semua pernah kan..samalah jugak macam aku..ramai orang dah aku geram dan orang pon ramai jugak geram dengan aku!!!korang geram ke menyampah???hah..itu tak pasti sebab yang aku tau aku cuma buat hal aku sendiri dan kalau aku rasa tak puas hati aku cakap walaupun kadang kadang aku pendam apa yang orang orang di luar sana dah buat...aku pegang prinsip orang buat baik ng kita kena la balas baik..kalau buat jahat ng kita kena la balas dengan kebaikan jugak wlaupun kadangkala hati ni tak seikhlas mana nak buat baik dengan individu individu yang berkenaan..sesiapa yang aku pernah meluahkan rasa amarah atau geram yang tak bertempat tuh korang faham sendiri lah...okeyy...kalau aku terlebih cili ke pandai pandai la korang cari "AIR"..=)


*Geram Dengan DIRI SENDIRI*
situasi ni memang aku tak dapat elak lagi..lama sudah aku geram dengan diri sendiri..geram dengan tindak tanduk aku yang kadang kadang lembut hati dengan sesetengah orang sehingga aku rasa nak campak diri aku jauh jauh ke tengah lautan..biar jadi bahan makanan hidupan laut...Geram sebab tak dapat nak elak perasaan yang tak sepatutnya wujud dalam diri..perasaan yang boleh menagih simpati orang lain...HAH!!!aku tak perlukan semua tu sebenarnya tapi perasaan itu seringkali muncul..Setakat ni aku masih mampu mengawal..YA Allah beri aku kekuatan untuk lupakan memori memori yang sedia terpadam sebelum ini dari kembali menerjah ke ruang minda...Aku benci dengan situasi ni sebenarnya..Benci dengan keadaan yang boleh manampakkan aku seorang yang lemah dalam mengawal perasaan...


okey korang..terluah jugak akhirnya...sekian=)



by "HZ"

Detik Semalam!!!

Semalam aku rasa teramat sejuk(takde la sampai menggigil kan) tapi keadaan tersebut menyebabkan aku tak boleh tidur...

ulang semula "TAK BOLEH TIDUR"

Oleh hal yang demikian aku teramatlah BOSAN...bosan sehingga tahap yang aku rasa nak hempas barang(tapi tak berani buat)Haish..abaikan~~~

Aku capai Sony Ericsson Z610i..aku belek...aku tenung...dah berzaman rupanya handphone yang aku guna...sebab???keadaan fizikal alat komunikasi tersebut aku rasa dah layak dicampak ke longkang..tapi hakikatnya aku sayang lagi harta itu...HAHAHA...

Apa yang aku buat dengan benda alah yang aku belek tuh??aku tekan keypad tanpa tujuan..tekann!!!dan tekan!! tekan lagi!!!! muncul nama dekat screen (aku tak nak cakap)

Aku tenung nama yang terpapar di contact list hampir 5 minit..dalam hati aku berkata patut ke aku tekan button 'call' ni???Hati aku memaksa untuk aku tekan..lantas aku tekan...

cepat cepat aku matikan talian sebab aku tak punya kekuatan untuk bercakap dengan empunya diri...kenapa macam ni???haish...

aku cuba sekali lagi...yeah..caller ringtone menyapa sudut pendengaran aku..aku diam menanti...dan kini

"hello"

assalamualaikum...

dalam hati berkata
(ouh dia jawab la)aku masih diam

aku berdehem seketika dan aku menjawab salamnya...bersambut..

dia gelak

aku tak faham apa motif dia gelak..

Lama sudah aku tak dengar suara itu..

suara yang sering terngiang ngiang...dalam kepekatan malam sebelum tidurku menyapa...

Aku hilang kekuatan untuk bersuara tapi aku buat seperti biasa...

Lantas aku bersuara tetapi aku rasa lidah ini KELU...tak terucap apa yang terbuku di hati..ahhhhhh..GERAM..GERAM..GERAM...


Lagaknya seperti biasa walau aku rasa ada banyak benda yang tidak terluah...

Aku rasa lega kini mendengar suara yang aku rindukan...walaupun hanya seketika...

Kepada awak: Terima kasih menghiburkan saya dengan nyanyian bersama petikan sebuah gitar

Dari Hati HZ

"Kenapa aku rasa ingin Menangis lagi"...Cukuplah selama ni hati aku yang menangis...Hati aku yang menjerit inginkan kepuasan...tapi Hati ini tak mungkin akan sembuh dari parut luka yang lalu....

"Parut??kenapa parut??hati kau berparut ke Ziqa???ahah...mudah...Hati aku sakit...Parut disebabkan kenangan lalu..

Memori yang tak dapat aku lupa bersama kawan...bersama dia..bersama Awak..bersama Kau..semuanya ada...tersusun kemas dalam kotak ingatan...hanya HATI yang mengatakan Tidak terhadap semua memori itu...

Kerana seorang insan kau berpaling kini....

*Jika anda rasa entri kali ini macam 'emo' sedikit..ya..memang saya tersentuh seketika*


by "ulatdelimaciousick"

Tuesday 23 March 2010

Ban Pecah..Hoorayy!!!=)

Dari hati seorang gadis aku terpanggil untuk meluangkan masa di kampung dan menghabiskan masa menikmati panorama pantai...

Hmm..terima kasih kepada Najib Rashidi yang meluangkan masa membawa aku ke sana..tepat jam 6 petang kami bertolak=)

Dalam hati amatlah teruja sebab dah lama tak jejak kaki ke sana..hampir 3 tahun kot..kali ni aku tak lepaskan peluang nak pergi sana jugak..

Ban Pecah merupakan sebuah tempat yang agak menarik..kawasan yang strategik dan amat santai untuk keluarga dan kawan kawan menikmati keindahan alam..

tapi kenapa nama tempat tu Ban Pecah???hmm,,itu aku tak pasti..yang pasti tempat tuh memang cantik..dikeliingi laut dan sawah padi amat menyejukkan pandangan mata=)

Aman nye dunia tatkala itu....

jom kongsi kongsi=)



tatkala waktu senja..














tengah leka ambil gambar pemandangan tiba tiba phone aku berlagu la pulak..
haish..kat skrin tertera "Abah"

aku: hello??

abah: kau kat mane??

aku: ban pecah la..kenapa??

abah: dengan ajib ke

aku: yup..

abah: dah..balik umah cepat..dah nak maghrib ni..

(dalam hati tak nak balik nih)

aku: awal lagi ni..alaa...

abah: balik je la...kat sana tak boleh lama lama nnti kene tangkap dengan pegawai agama

aku: hah???apsal plak...nak kene balik ke ni=(

abah: balik la SEKARANG!!!

wahahahaah..da macam satu perintah plakk...ceitt...

aku: okeyy..lagi 10 minit..lepas ni nak pergi pasar malam pulak..

Abah aku terus matikan talian...

segera ku laung nama abang sepupu aku ajak balik...HAHAHAHA...sengal betul...

sebelum tu sempat aku ukir nama atas pasir...

cantik=)

aku suka tengok...

masa aku duduk ukir nama atas pasir ade sorang budak kecik ni khusyuk betul tengok

mesti dia kata aku tak pernah tengok pasir

heehehehehe













sebelum melangkah pergi...sempat ku lihat panorama senja...INDAH...MENARIK=)




by"ulatdelimaciousick"

Somewhere in PB..=)

Hello=)..Akhirnya tepat 6.00 pagi bersamaan hari selasa aku selamat tiba di KUALA LUMPUR selepas puas menghabiskan cuti di kampung...

walaupun penat lah kan tapi 'enjoy' sangat sangat...hmm..

masa pun agak suntuk untuk aku keluar berjalan jalan tapi sempat jugak lah cuci mata untuk beberapa jam di sana..

Kesibukan dengan persiapan perkahwinan sepupu aku tak kurang meriahnya..wooo...sangat meriah...=)

dan seperti biasa...=)



















hmm..tegang je muka..haha=)





20 mac 2010 berakhir dengan senyuman=)

Wednesday 17 March 2010

Balik Kampung~~yeay=)


hello korang=)..

Entri kali ni aku nak maklumkan bahawa aku akan pulang ke kampung pada hari KHAMIS
'waktu tidak pasti'...hmm(janji balik)

Bakal menghabiskan masa di kampung halaman selama enam hari..WOW~~lame tuh..

Pekan Parit Buntar yang tak lah sehebat bandar tetapi ada KEISTIMEWAAN yang tersendiri

Sekurang kurangnya tak perlu aku terperuk di teratak kesayangan aku ni
HAHAHAHA...

Akhirnya dapat juga pulang ke kampung..

Ingin melangkah pergi kini

Selamat tinggal KUALA LUMPUR^^





"mencari ketenangan yang seketika"


"tanpa perlu ada kamu"

by"ulatdelimaciousick"

Ketenangan yang seketika

Hati yang gelisah kini mula tenang..Alhamdulillah...

Mak bertanya pagi tadi" kenapa mata kau bengkak??"

Aku bungkam..perlu ke nak jawab??hee..."tak cukup tidur"

Situasi ke-2
Aku bosan dengan kata katamu..Aku rasa buang masa!!!!

Hah...Tak mungkin aku percaya dengan kata kata dusta lagi...(ayat terbaik ke??)
hmm...tak perlu dinilai...

Manik jernih dah kering agaknya..Haziqah..teruskan tersenyum walau dalam hati tiada siapa yang dapat menduga..okey...

Sekarang FOKUS...!!

Situasi ke-3
"Kau rindu aku tak ieqa"???

"hah??"aku gelak kemudian senyum dan akhir sekali diam..

malas ingin menjawab pertnyaan seperti itu...

Situasi ke-4
"dimana ni"??

"ieqa nnty aku jawab segala persoalan kau"
aku sempat lagi membaca text tersebut...tapi aku tak membalas...

Mata aku terasa pedih tatkala dibuka..


"lantas kucapai Sony Ericsson Z610i"

new messages:2
tapi nama dia tiada...oh...

aku bermimpi rupanya..

tiada lagi jawapan untuk persoalan tersebut...

TERIMA KASIH

Ingin melangkah pergi kini..selamat tinggal LAPPY kesayangan yang sentiasa menemani tatkala kebosanan..seminggu sahaja ye...

Bing Bang=)

Seharian tanpa melakukan aktiviti amatlah membosankan...uhhh...

Novel menjadi pilihann

Jiwang??haha...tajuk je aku rasa jiwang tapi jalan cerita MANTAP..=)

yeah..aku mula berminat dengan karya DAMYA HANNA~~

Pilihan pertama:



watak (1) Siti Haziqah
(2) Fakhrul

Pilihan kedua:



by"ulatdelimaciousick"

Tuesday 16 March 2010

no tiltle.............


Pekat malam amat jelas kelihatan...aku termangu sendirian...Kenapa???hmm...susah nak dijelaskan mengenai situasi sekarang....

Hati aku nih memang mudah sangat untuk kau sakitkan bukan...BODOH!!!siapa???aku??kau??atau dia!!!

semua berpunca dari "dia"..tapi takpe...kalau takde dia takkan permainan ni BERMULA kan kawan???heh...

Ayat kau tak ubah macam orang yang minta simpati..tapi aku tolak tepi semua tuh sebab aku rasa dah tiba masa aku nak lupa semua yang dah berlaku...

"KAU" marah???serius "kau" marah??atau rasa "BERSALAH"hah...!!!!

Bibir aku hanya mampu tersenyum disebabkan "kau"...

dan Hati aku rasa disiat pon disebabkan "kau" dan "dia"...

Apa niat "kau" sebenar aku tak nak tau...yang aku tau aku nak "LUPAKAN" semua yang dah dia ceritakan pada aku weyh!!!...hah...

sangat kesian aku dengar cerita "dia" tuh...

tapi apa motif cerita tuh semua kat aku???aku kawan rapat "dia" ke???

hah...memang aku rapat dengan "kau" akhir akhir nih tapi "dia" sangat bijak nak masuk line...bagus la...

HAHAHAHA(aku bahagia kalau "kau" dengan "dia")

itu yang "TERBAIK"

"AKU" "KAU" "DIA"..salah seorang akan mengalah...

"AKU" yang akan mengalah..thank you for everything...!!!




by"ulatdelimaciousick"

Sunday 14 March 2010

There's nothing left to say

First of all..i would like to thank you for being one of my best buddies..tapi tu la kan...tak "semua" yang kita nak akan dapat..Thank you for lend me you ears and listened up with all my sadness..HAHA...but now i'm trying to be strong enough to face all the situation...

Huh...aku tak minta lebih pun la...sebagai "kawan" tak salah to be "HONEST"..is it too hard???pandai kau berdrama kat sini...aku cuba tunggu jawapan yang baik dari kau tapi kau bungkam!!!!hey!!!c'mon la...aku bukan paksa kau reka cerita...just nak tau apa yang dah berlaku...

Aku tak salahkan kau pun sebab dalam waktu yang terdekat macam macam boleh berlaku..
sedangkan hati pun boleh berubah kan...haish..hidup ni penuh dengan kepalsuan rupanya..."KEPURA PURAAN" yang terlampau..

satu je la aku minta" jangan nak mengelak lagi weyh"...i've had enough okeyh!!!
kau buat darah aku naik "180 DARJAH CELCIOUS"..tak sangka betul...."TAK SANGKA!!!"


mungkin kau tak salah dalam hal ni.."BUDAK" tu je yang minta penjelasan aku mengenai situasi ni..haish..so "PELIK"..kau hari hari jumpa dia then apsal minta tolong aku!!!
btw..ALL the BEST la dengan PERJUANGAN merebut DRAMA king tuh KEMBALI...

p/s:

to mak and abah..I LOVE BOTH OF YOU SO MUCH till my last breath..there is no more YOU!!!




"I HATE THIS SO MUCH!!!!!"

by "nurhaziqahmohdzaki"ulatdelimaciousick"