Monday, 29 June 2009

renungkan dan fikirkan sendiri..ape sebenarnya yg korang nak dalam hidup..cinta???semua tuh buta!!

1. Cinta itu buta tatkala kedua-dua pasangan atau salah seorang dari
mereka tiada penglihatan atau dalam bahasa mudahnya buta.. Jadi sudah pastilah sukar untuk mengambarkan paras fizikal pasangan tersebut.. Namun yang menariknya kadang kala pasangan ini memiliki cinta yang lebih kukuh berbanding manusia normal.

2. Individu yang cantik tetapi pasangan hodoh.. Kalau hodoh paras rupa masih ok tapi hodoh dari segi perangai, sikap dan sebagainya… Malahan ada yang sanggup berkorban untuk pasangan yang terang-terang tidak akan menjadi pasangan yang mampu membimbing mereka.. Jadi mungkin mata individu tersebut telah dibutakan.. Macammana?? Wallahualam

3. Pasangan yang hanya mengharapkan harta semata-mata.. Terdapat beberapa kes di mana gadis yang muda berkahwin dengan lelaki yang telah layak untuk digelar datuk( bukan datuk pangkat) .. Dan ada antara mereka yang memikirkan harta yang dapat melalui perkahwinan tersebut.. Rasanya yang ini semua orang tau.. Mata mereka dibutakan oleh duit dan harta…

4. Situasi ini lagi teruk.. Individu berpasangan dengan pasangan yang berjantina sama??? Kenapa ?? Apakah yang telah menyebabkan mata mereka buta?? Adakah tidak cukup lelaki/wanita di muka bumi ini?? Hanya mereka-mereka yang boleh menjawabnya..


5. Yang terakhir sering kita lupa.. Kita sering lupa untuk menyintaiNya.. Kita sering menyanyangi antara satu sama lain tapi kadangkala kita terlupa menyintai Pencipta kita.. Mungkin kita telah dibutakan dengan cinta-cinta yang lain??


p/s: manusia diberi akal untuk berfikir dengan waras...

No comments:

Post a Comment