Antara duka dan ceria...sering menghiasi kisah kehidupan seorang insan,,
dilahirkan hanya sebagai seorang insan yang biasa..sudah pasti kehidupan tidak semudah A+B+C dan seterusnya...kisah sebuah kehidupan tidak dapat dirungkai dengan hanya bergantung pada sebuah nasib semata-mata...kehidupan seseorang insan itu berubah berlandaskan perwatakan diri sendiri...Tamsilnya..jika individu itu mengimpikan sebuah hidup yang penuh dengan kebahagiaan dan kestabilan hidup tidak kiralah dari segi kerjaya mahupun keluarga...sudah pasti memerlukan sebuah pengorbanan dalam merealisasikan impian tersebut bukan???
Seringkali kita alpa dengan keseronokan diniawi yang hanya menejar erti masa tanpa kita memikirkan apakah yang bakal terjadi pada hari hari yang mendatang...
kadang kadang khayalan itu tidaklah seindah realiti...
realiti pula tidaklah seburuk yang disangka seandainya kita sebagai insan di bumi Pencipta-Nya sentiasa reda dan menerima dengan keikhlasan hati yang terbuka...
Setiap yang terjadi pasti ada rahmat di sebaliknya...
Kita tidak mengharapkan kesempurnaan dalam sesuatu perkara..tetapi kita mengharapkan kepuasan dalam melakukan sesuatu dan dapat menerima perkara tersebut dengan keadaan yang sepatutnya...
Jarang sekali kita dengar insan yang sentiasa berpuas hati terhadap tindakan dan perbuatannya...dari situ sudah terbukti untuk dinyatakan bahawa setiap perbuatan yang dimulakan perlu mendapat pandangan orang lain...memohon petunjuk dalam melakukan sesuatu amatlah digalakkan...
Jangan cuba untuk lari dari masalah dan mengelak dari menyelesaikannya..
Kehidupan tanpa rasa beban atau rasa terhimpit bukanlah sesuatu yang diimpikan..kerana tanpa pengalaman tidaklah kita diamanahkan untuk berjuang di bUmi
ALLAH..
sekian~~
Sunday, 24 January 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment