Wednesday, 31 March 2010

Kisah Hari Ini

Kisah kesah


KISAH HARI INI..

HI Korang!!!=)sehat ke..okey dipendekkan cerita hari ini aku nak bercerita tentang apa yang aku dah lalui untuk hari ini...

Hari ni 31 Mac 2010 kan??okey pergi semak kalendar jika aku salah..Tarikh hari ini aku pergi ambil test JPJ..untuk melayakkan aku memperoleh lesen PERCUBAAN atau pun dikenali sebagai lesen 'P'..haa..agak agak aku lulus ke G****???ni nak yang nak mulakan cerita ni kawan kawan...sekadar ingin berkongsi pengalaman..sesiapa yang dah berjaya memperoleh lesen tu dan singgah di blog ni pon boley la kan kongsi kongsi apa yang korang rasa waktu mula mula ambil test JPJ tersebut...

Okey..Alkisahnya bermula jam 8.30 pagi..WAktu waktu macam ni sememangnya sejuk tambahan malam semalam hujan..wooo...STOP..(aku nak cakap yang sebenarnya tangan dan kaki aku dah sejuk)Waktu ni aku dah sampai ke Tempat Latihan untuk mengambil test tersebut bersama dua orang lagi calon...Jumlahnya tiga orang la termasuk aku..dua orang Perempuan dan Seorang Lelaki..Hmm..memang tak dapat dibayangkan la apa yang aku rasa sebenarnya..Bila dah sampai sana rasa keyakinan tuh memang ada tapi was was la pulak..Aku lihat calon wanita yang seorang lagi tuh dah pergi ke ruang menunggu untuk ambil test sesi Pertama..hmm..tak sempat nak wish GOOD LUCK..=(tapi aku mendoakannya dalam hati...

Aku pun pergi la semak senarai nama untuk mengetahui angka giliran aku...okey..bila mata aku dah kelabu semak nama aku baru la ternampak nombor 10 tercatatnya nama aku

10. NUR HAZIQAH BINTI MOHD ZAKI ~SESI KE DUA 11.00 pagi hingga 1.00 petang~

mak aih lambat lagi ni..aku tengok jam baru nak masuk jam 9.00 pagi...tanpa buang masa aku jalan la pergi kantin lepak sorang sorang...HAHAHA...tapi aku ternampak calon lelaki yang sekali ambil test dengan aku hari ni...Dia senyum dan aku pun senyum la balik...dari situ bermula la kedai kopi pagi antara aku dengan dia...ahah...

first soalan biasa la kan..malas nak cakap kat sini..tapi kami tak sempat bertanya nama hanya sekadar ber'awak' dan ber'saya'..dari satu topik ke satu topik kami bercerita..Semuanya berkenaan dengan pengalaman semasa belajar memandu dengan Cikgu kitorang yang Sporting tu..dan ada jugak la tips tips untuk tahan rasa gugup untuk test hari ini..

antaranya:
(1) Jangan GABRA weyh..bertenang,,,walau apa yang korang rasa pun diam je buat buat 'Cool'
macam aku la kan tapi padahal dalam hati tuhan je yang tahu...

(2)Ingat balik step step yang cikgu dah ajar

(3)Murahkan dengan senyuman dengan orang orang sekeliliing mana tau dapat kawan sembang untuk 2 atau 3 jam pun dah boleh hilang rasa gugup..kan kan..=)

(4) Berdoa la dalam hati minta ditenangkan segalanya..

(5)Akhir sekali BERTAWAKAL lah..sesiapa yang first time ambil test ni mungkin faham la apa yang aku rasa..

okey habis fasal tips ni..beralih pula ke situasi seterusnya..lepas dah puas cit cat cot sana sini dengan brader yang berumur dalam lingkungan awal 20-an tu aku pon lihat jam..

"aik dah pukul 10.30 pagi la jom turun blok C sana daftar nama"kataku...

Kami pun berjalan la dan selisih dengan kakak yang ambil test sesi pertama tadi..Dia berjalan sambil tersenyum..mesti dia lulus kan...Alhamdulillah..

okey..debaran semakin terasa..aku melangkah ke dewan taklimat sebelum ambil test untuk ambil nombor giliran dan mendengar taklimat dengan setenang mungkin..

Test JPJ ni ada Bahagian II dan Bahagian III
Bahagian II merangkumi ujian melepasi bukit..side parking dan juga keluar tiga penjuru..
Kalau gagal salah satu ni kene ulang semula untuk semua bahagian II..haish tak sanggup nak dengar dah..dalam hati aku rasa nak redah je..ape nak jadi jadi la,,,ahah..

Bahagian III pula "test on the road"
kalau mati enjin dah gagal...kecuali dapat org JPJ yang baik hati bagi peluang!!!ahah...ni semua aku dengar dari story kawan kawan yang pernah dapat 'Tester' yang baik hati ni...
Markah untuk lulus 16/20 sekurang kurangnya..

Selesai mendengar taklimat aku ambil borang untuk test tersebut..alamak hai sejuk gila tangan aku tapi aku diam je..aku tengok member lelaki sebelah tu rileks je..aisehh...tapi takpe la..
dia sempat berpesan"rileks,,sekurang kurang nya salah satu bahagian antara II dan III tu kena lulus"ouh..aku nak dua dua lulus la...HAHAHA..TAMAK sungguh..ape ape pun aku cakap buat setakat mana yang boleh..YEAH...

Kaki kami pon melangkah dengan setenang yang mungkin menuju ke pondok menunggu..dekat leher masing masing dah ada nombor giliran dan aku dapat nombor ganjil la sepatutnya nombor 10 tadi kan...HAHAHA..member sorang lagi pun senasib la pulak...haaa..ready ehh...nak naik bukit ni..

Sementara menunggu tu aku tengok la calon lain yang buat test dulu...woo..
Ada seorang ni da elok da tayar dia masuk dalam petak..cantik..kemas..gaya berhenti semua nampak 'perfect' sampai aku dalam hati ni pun rasa tercabar lahh...dan dah takut..sebab??sebab aku berfikir boleh ke aku buat gaya berhenti macam dia...kalau la boleh..aku pun semangat la nak tengok kakak tuh turun bukit pulak kan,,mesti cantekk je sebab naik pun dah lepas..tapii...

alahai KERETA KANCIL yang comel tu mengundur la pulak..Aku dah tambah sejuk ditambah pulak la dengan keadaan cuaca yang agak PANAS..aku rasa sejuk sejuk PANAS la kann..WAHAHAHAHA...sayang..kakak tu terpaksa keluar..hmm...makin dup dap dup dap la jantung ini sebab aku selalu tak passed part bukit ni time latihan dulu..lalalaalala...

okey..sampai giliran aku pulak..semua calon dah masuk kereta masing masing..member aku yang sorang tadi tu pun belakang aku rupanya...ALAHAI...siap boleh balas balas senyum melalui cermin pandang belakang untuk bagi semangat..ye lah kitorang belajar di sekolah memandu yang sama..HAHAHAHA

..".okey calon nombor _ _ sila gerakkan kereta anda ke hadapan" arah seorang pegawai bertugas pagi tu..aku tenang menggerakkan kenderaan ke hadapan dan berhenti untuk pegawai tersebut catit maklumat yang patut..

"Cik Haziqah awak boleh mula bergerak sekarang"

Terkejut jugak macam kene sergah tapi aku mulakan pergerakan...
ouh..aku mula naik bukit ni korang..HAHAHA...aku masalah seket nak agak jarak tiang tu supaya tayar masuk petak kuning..GRRR..redah je la....

Aku berhenti mengejut dan free kan gear tarik handbrek..tak sempat aku nak check tayar pegawai JPJ tu da suruh turun..waaa...aku check jugak okey TAYAR masuk rupanya patut la kena halau turun...ni yang lemah tapi ALHAMDULILLAH aku berjaya turun...pergi masuk parking pulak weyh...waa..ini pun aku agak kureng jgak sebab susah nak anggarkan jarak tiang tuh..tapi kan tapi kan ALHAMDULILLAH aku lepas...tiga penjuru pun lepas...SYUKUR..Bahagian II lepas semua..=)

Aku tunggu kat pondok lepas dah serah borang dekat Pejabat untuk tunggu BAHAGIAN III pulak..sementara menunggu tu aku nampak lagi brader yang jadik teman borak pagi tadi..dia buat muka takde riak pulak...HAHA..aku pun diam la then dia keluar dari pejabat and duduk sebelah aku..

"macam mane???lepas tak??"katanya

"Alhamdulillah..lepas...awak macam mane plak?"

baru laa dia senyum and cakap lepas jugak...rupanya kene sound dengan Puan JPJ tuh..haha..
'cengei katanya'...patut la aku dengar suara kuat kuat kat tengah tengah ruang yang panas tuh...
tak pe laa..janji lepas daa bahagian II ni kan..heh..

fuhh....Lama sungguh menunggu..tggu punya tggu untuk BAHAGIAN III tiba tiba ade pengumuman

KEPADA SEMUA CALON!!! SESI UJIAN HARI NI BEREHAT SEKETIKA..SILA KEMBALI PADA JAM 1.45 petang...walamak...lambat gila weyhh...PANAS lagi...

okey aku pon melangkah pergi nak pergi carik cikgu kitorang tapi takde la plak...hmm...lepaking lagi laa tengah panas tu...sambil gementar menunggu untuk ujian BAHAGIAN III pulak..lepas borak sana borak sini ng brader tu aku mintak diri la plak..WAKAKAKAKA...lepak sorang sorang then aku tengok keadaan keliling..

Bila dah sorang sorang tuh ade plak sorang kakak yg manis berbaju kurung merah dan seorang lagi ni macam wanita yang dah berkahwin..Tiba tiba mereka duduk di kiri dan kanan aku...TERLALU RAPAT...RAPAT...hingga aku tersepit di tengah tengah....HAHAHAHA...then sesi chit chat versi perempuan yang merangkumi pelabagai peringkat usia ni pun bermula lahh...

okey aku berusia 18 tahun
kakak baju kurung tuh dalam lingkungan 25 tahun
dan seorang lagi dalam 30-an...WAHAHAHAHAHA..sempat jugak aku buat muka toya sebab kene HIMPIT HIMPIT macam tuh tapi tak kesah....akak dua orang neh peramah weyhhh=)

sesi dialog kitaorang bermula
akak baju K merah: eh adik ni amik test ke hari ni...dah berapa kali da???

aku: erm ni pertama kali ...akak???

akak baju K merah: ouh..tak takut ke..akak kali kedua ni..naik fed up dah nehh..

aku: eh kenapa plak??oo kira akak amik ulangan la ni..test ape hari ni??

Akak baju K merah: fed up kena datang sini balik,,HAHAHA...akak amik bahagian III hari ni..

aku senyum..aku nak tanya banyak lagi tiba tiba nombor giliran aku pulak dipanggil...aik..dah nak test plak..aku tak perasan jam nak pukul 2 petang seyhh..aiyarkk...

cuakk...tunggu kejap dan yeahh..sebuah kereta VIVA menunggu..aku melangkah...dan melangkah..aku masuk dan beri salam...

seorang Pegawai JPJ yang berumur dalam lingkungan awal 30-an sedang mencatit sesuatu
seorang pegawai lelaki yang wajahnya bercahaya dan ada ketenangan di situ..wahh..lagi la aku gementar...dah la tak pernah redah VIVA...segalanya berjalan dengan lancar...aku buat langkah langkah yang aku ingat seperti biasa

TAPI..bila aku dah mula nak bergerak ENJIN KERETA MATI..MATI...MATI...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...mahu menangis dalam hati tapi aku senyum jugak...

encik JPJ: rilek Haziqah...start enjin balik(tenang sahaja suara itu)

aku: baik...minta maaf encik

aku start enjin dan semuanya okey...aku bergerak seperti biasa memulakan perjalanan walaupun agak gugup aku tenang...

bila da nak keluar dari PUSAT LATIHAN tu arghhhhhhhhhhhhhh,,,enjin MATI lagi...waaa...apa aku nak cakap...

encik JPJ: awak okey tak ni??boleh tak???

aku: Boleh encik saya gementar sikit je

encik JPJ: ye ke sikit??suara awak macam tak terkeluar dah tuh..(dia senyum)

aku: agak gugup jugak la encik..

encik JPJ: okey takpe..awak buat lagi sekali (sambil tersenyum)

aku: okey encik terima kasih

semua dah okey..bila sampai kat selekoh alamak....aku termasuk line jalan yang bertentangan sedikit..

haa..kali ni dia suruh aku bagi signal dan berhenti di bahu jalan...

encik JPJ tu senyum dan tanya

"okey haziqah awak tahu kan apa kesalahan awak"tenang sahaja pegawai tu bercakap

aku: tahu encik...saya tak dapat kawal stereng lepas tuh termasuk jalan yang kat sebelah tuh sikit

pegawai tersebut senyum dan

encik JPJ: haaa..awak tahu pun kan tapi saya tak boleh nak bg awak peluang dah sebab pasal enjin tadi tu saya dah tebus...

ahah..okey..saya faham encik...

Encik JPJ tuh pegang borang penilaian aku dan siap lukis apa kesalahan yang telah aku buat..aku tengok dan faham sebenarnya sebab bnyak kali dah cikgu aku cakap benda yang sama dan selama proses pembelajaran kawalan stereng aku okey dan alhamdulillah baik cuma waktu test hari nih agak kantoi...alahaii..ruginyaa rasa...dah la dapat Tester yang cakap lembut..muka pun buat hati sejuk takdela kering dengan senyuman...Kulit cerah pulak tu lagi laa nampak baik...HAHAHA...kesian sungguh...apepun aku bersyukur la jugak kan sebab tak kena halau keluar masa kesalahan pertama...aku dan Pegawai JPJ yang bertugas tu pun bertukar posisi tempat duduk

aku pulak jadi PENUMPANG...HAHAHA..

encik JPJ: so haziqah lepas ni awak ambik ulangan Bahagian III sahaja ye...sebab BAHAGIAN II awak okey..masa belajar dulu awak memang lemah BAHAGIAN III ke??

aku: erm kalau mengikut penilaian saya BAHAGIAN III la yang saya suka buat dari BAHAGIAN II cuma entahlah hari ni saya agak gugup pulak..

encik JPJ: ahaa...awak first time amik test la ni kan..

aku senyum dan angguk

encik JPJ: tak pe...jangan risau...keasalahan awak sikit sahaja cuma perlu banyak latihan lagi dari segi kawalan stereng...

aku diam dan senyum je la....dan cakap terima kasih la encik bagi saya peluang tadi..HAHAHAHA..kira kesalahan berat tuh mati enjin..ish...

encik JPJ: perkara biasa la tuh calon yang pertama kali..awak kena bawak orang JPJ selalu la macam ni senang sikit nak lepas test..

aku: HAHA..saya tak mampu kot nak bayar ujian ulangan byak kali...

encik JPJ:banyak kan la latihan dengan cikgu awak lepas tuh set tarikh yang sesuai balik untuk ambil test..

Kereta VIVA kian meluncur laju...nak sampai kat PUSAT LATIHAN...

aku: baik lah encik..(aku senyum je)

encik JPJ:awak anak ke berapa???

aku: saya sorang je..takde adik beradik...

encik JPJ: ohh....senang la nak mintak apa semua dapatkan(dia gelak tanpa sedikit pun melarikan pandangan dari fokus pemanduan)

aku: eh tak dela macam tu....kadang kadang apa yang kita nak tak semua dapat...bergantung dengan mak abah saya la..

encik JPJ: ikut kemampuan keluarga jugak kan tapi okey la adik beradik ramai pun susah...

aku senyum dan tak banyak komen..

encik JPJ: lepas ni nak sambung belajar mana??

aku: ouh buat masa ni saya tunggu je tawaran mana mana..ada rezeki saya pergi lah..

encik JPJ: okey..ayah awak kerja mana??

aku: kakitangan kerajaan dekat KL

encik JPJ: ibu awak??

aku: surirumah=)

encik JPJ: sepenuh masa ke??

aku: Ha.ah....

encik JPJ: ouh dari dulu ke??

aku: takde la...dulu mak saya kerja pembantu pegawai pergigian lepas tuh berhenti..

encik JPJ: kenapa?

aku : keadaan kesihatan tak mengizinkan...

Encik JPJ tuh angguk tanda faham

encik JPJ: okey kita sampai..(dia senyum lagi)

aku cakap TERIMA KASIH dan terus nak keluar...

"eh nanti..awak lupa nak ambil borang ni"

aku: ops sorry...terima kasih la encik...

encik JPJ: sama sama...jangan lupa pesan saya tadi..okey..jumpa lagi insyaALLAH...bye..

aku: (senyum) okey encik TERIMA KASIH yee..bye..Assalamualaikum

"Wmsalam"( senyum lagi)

Ya ALLAH...bertuahnya aku dapat tester yang baik hati dan peramah macam tu tapi tu la tak de rezeki aku nak gunting LESEN 'L'..huxhux=(..Tester lain aku tengok semua macam serius...kepada calon yang ambil test sama dengan aku hari ni kalau dapat Tester macam tuh tahu lahh....sangat RAMAH>>RAMAH>>>macam ni la yang kita nak kan...=)

aku melangkah longlai ke PEJABAT untuk mengesahkan keputusan aku...PEGAWAI dalam pejabat tu senyum dan cakap takpe set tarikh lain...GOOD LUCK...

i said: terima kasih..tunduk dan berlalu(bukan sebab malu okey tapi hormat)!!HAHAHAHAHA

Aku called cikgu dan cakap dah selesai...boleh jugak la aku gelak..dan cikgu aku kata takpe...itu perkara biasa...heheheheh

tiba tiba aku nampak seorang kaum ADAM yang aku kenal pagi tadi siap bukak kedai kopi hampir 4 jam ng dia...Dia tengah memandu dan Seorang pegawai JPJ duduk di sebelah dia..waa..ALHAMDULILLAH..dia LULUS=)

aku nampak dia jalan ke arah aku tapi senyuman dia tak lah selebar mana dan aku pandang je dan senyum balik kemudian cakap"TAHNIAH" lepas ni kat fb boleh tukar status dah=)

dia gelak dan senyum...ahaa..awak macam mane??

aku senyum dan tenang cakap BAHAGIAN III kantoi tapi Tester tuh baik sungguh..mesra ALAM..HAHAHA(pujian!!!pujian!!!)



"serius ke ni tester tuh baik..waa..nasib baik sungguh..saya dapat yang senyap je nak tanya mcam macam nanti dia pulak yang stress"=)

HAHAHA...ada pulak macam tuh

" tu la tapi tak pe la xde rezeki"balasku

"Bahagian II settle okey la tu..tak payah nak fikir yang tu da kan"

aku angguk kira faham laa...HAHAHAHA...thank you la jadik teman borak dari pagi kira hilang gak gugup aku kannn=)

Bila cikgu dah datang kitorang pun bercerita la sana sini pasal situasi tadi di dalam kereta(nak balik dah)..

HAHAHA...macam macam karenah sungguh...

"apa apa pun ziqa awak lulus jugak part yang awak tak suka tu kan" cakap cikgu aku..

aku: erm tu la kak..tak sangka..part tu la yang saya selalu risau...hehehehe

cikgu: lepas ni awak bincang la dengan ayah awak bila nak amik test..settlekan bayaran dulu dan bg photostat IC dengan Lesen..ayah awak kan "BANKER" untuk awak...(gelak)

aku: (gelak sahaja..walalalala,,)terima kasih la kak eh ajar saya...=)

cikgu: tanggungjawab dah...

kereta cikgu berhenti..aku turun dan cakap

"okey kak thnkss again.brader tahniah ehh.."
akak tu senyum
"okey...baik baik...buat betul betul untuk yang akan datang"sempat brader tu bg pesanan terakhir...

Aku melangkah pergi dengan senyuman walaupun tak dapat bawa balik pelekat P yang berukuran 15cm x 15 cm pun aku dah cukup lega...=)

Kesimpulannya kat sini kalau tak dapat buat untuk yang pertama kali tak salah untuk mencuba buat kali yang kedua...okeyy korangggg=)

oleh" hz"


9 comments:

  1. salam...
    fuhhh....boleh jadik cerpan citer ni..memang klas idea ko....caya la....

    ReplyDelete
  2. sengal...malas aku nak pendekkan..HAHAHA
    terima keseh kerana sudi=)

    ReplyDelete
  3. alaaa....lesen kreta bru...try la ambik lesen kapal terbang..x pon lesen kapal selam..bru gem...akahz..

    ReplyDelete
  4. dapat kan lesen kecik dulu baru ley dapat yg gem punya..kan kann..hahaha

    ReplyDelete
  5. huhu..rajin menaip hehe
    bgus2 share experience sy yg da tua dr awk pn blom amek ag lesen keta hehe..xpe da dpt sket idea situasi amek lesen keta ;p

    ReplyDelete
  6. miss tora...erm jenuh gak la na menaip nehh..hehehehe....

    tapi tu la experience nyee...hahax...=)

    ReplyDelete
  7. experience awk sama dgn sy...i took the test yesterday..ms blajar L drive kancil ms test kena drive Viva...kelam-kabut juga nak familiar dgn sistem Viva..cuma sy dapat tester yg garang dan muka ketat...nak amik lagi sekali nanti tp nak kena mahir kan driving dulu...

    ReplyDelete
  8. sy amik test rabu depan.. tkt la jgk x lulus. sy pn ada mslh kawalan stereng :(

    ReplyDelete