Tuesday, 25 May 2010

Pelukan itu amat bermakna

opss..baca tajuk entri tu kemudian saya nak pembaca berfikir sejenak okey..amik la masa 10 saat ke untuk fikir apa yang akan zyqa sampaikan kali ini

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


dah kan? hmm...sebenarnya zyqa nak cerita kat sini semalam saya ada la kan timbul perasaan nak peluk seseorang tetapi hasrat itu terbantut la pulak sebabnya saya tidak suka pada pelukan ataupun dipeluk oleh seseorang kecuali kalau dah dipeluk secara tiba tiba..tapi awas!!! pelukan hanya diterima oleh jantina sejenis sahaja...!!!!!

pernah tak anda rasa bermakna bila menerima sebuah pelukan itu??atau pun merasakan perasaan itu apabila memeluk seseorang..perasaan ini saya nak gambarkan bagaimana la eh?...senang cerita saya tak suka dipeluk dan memeluk..haha...so saya nak cerita jugak la apa maksud terangsang dengan pelukan ni

contoh situasi : saya memeluk bantal..tiba tiba saya terangsang..terangsang disini membawa maksud saya terangsang untuk tidur lah bila dah peluk bantal tu kan..okey tutup kisah itu disini..saya tak mahu menggunakan perkataan "terangsang" banyak kali..itu hanya sekadar contoh..

sekarang saya ingin mengupas isu pelukan yang boleh merangsang perasaan seseorang itu..

"A hug is the perfect gift. One size fits all, and nobody minds if you exchange it!!"

Biasanya pelukan itu sering terjadi tatkala seseorang itu sudah lama tidak ketemu dengan insan yang dirinduinya..contoh seperti ibu ayah, saudara jauh dan kawan kawan..


Pelukan terbahagi kepada beberapa jenis..terdapat beberapa jenis pelukan yang mempunyai erti tersendiri..

1. BEAR HUG :

pelukan jenis ini bererti memeluk seseorang dengan erat dan kuat dengan seluruh badab.pelukan ini sesuai jadi pengganti kata, " Kamu hebat!" atau " You can always count on me" ..secara tidak langsung akan melahirkan perasaan bahagia dalam diri individu yang dipeluk itu.

2. A FRAME HUG :

Pelukan jenis ini dilakukan dengan melingkarkan kedua belah tangan di daerah bawah leher dan biasa dilakukan terhadap saudara jauh dalam situasi yang agak formal. Misalnya saat ada saudara yang mengalami kedukaan..Sekaligus pelukan itu dapat meredakan perasaan seseorang

3. CHEEK HUG :

dilakukan sambil duduk atau berdiri dan meletakkan pipi pada orang yang dipeluk.Pelukan ini menunjukkan perkongsian perasaan dengan orang yang dipeluk sama ada dalam keadaan sedih atau pun gembira.

4. GROUP HUG :

sesuai dilakukan beramai-ramai dengan teman terdekat dan jauh..Selain biasa digunakan bagi menaikkan semangat satu kumpulan ataupun persatuan

OPPS!!! JANGAN PELUK SEMBARANGAN OKEY!!! TAK SUKA MACAM TUHH!!!

walaupun pelukan banyak keistimewaan tetapi ada perkara yang harus berwaspada..Bukan semua orang, tempat dan masa boleh berpelukan. Perlu dilihat juga dengan siapa harus berpelukan..kalau dengan kekasih hati boleh campak dalam kolam najis okey!! jangan buat macam tu...Jangan sehingga menimbulkan keraguan dan kebencian kepada orang yang memandang...

________________________

10 comments:

  1. Berpeluk-pelukan boleh menjadi ibadat jika dilakukan kpd org yg sewajarnya( sumai ,isteri, anak, keluarga dan yg seerti dgnya), tapi kena lihat lokasinye.

    Tapi menyampah betul tengok couple melayu arini yg berpeluk-pelukan tanpa segan silu. Lagi gila biba( bacaannya asalnya babi)dahlah berpeluk-pelukan ditayangkan pula kat FB. Lagi gila biba, FB tu ditengok oleh mak bapak diaorg.Lagi-lagi gila biba, bila mak bapak diorang bangga plak dgn xtvt peluk berpeluk anak dia tu

    ReplyDelete
  2. woo..ayat baru tue gila biba..hehehe...hmm susah nak cakap remaja zaman sekarang....mcm dah jadi trend agaknya bila peluk sana sini...mintak dijauhkan la hendaknya :)

    ReplyDelete
  3. peluk ahli keluarga tandanya apa ya?

    ReplyDelete
  4. tanda kasih dan sayang kepada mereka laa...tapi x semestinya dengan pelukan...masih ada cara yang lain,,,kadang2 ada ahli keluarga yang tak suka dengan pelukan..

    ReplyDelete
  5. kadang2 hanya perbuatan saje dh menunjukkan lebih/tingginye kasih sayang yg nk ditunjuk berbanding pelukkan....

    ReplyDelete
  6. pelukan boleh'' saja klo itu muhrimnya...oke cik..salam kenal ya..zyqa

    ReplyDelete
  7. salam yastro...yepp..betul betul.;)

    ReplyDelete
  8. etam grecek : kalau dah muhrim x timbul persoalan da,,,salam kenal juge dari zyqa :)

    ReplyDelete
  9. salam..
    ha ha..
    pandai susun kata
    cik adik ni..jadilah
    remaja yang baik yek?

    ReplyDelete
  10. wmsalam encik zulkbo...insyaallah...terima kasih atas pujian tu ..

    :)

    ReplyDelete