Wednesday 26 May 2010

Awas dengan Penggodam


Jangan mudah dedah maklumat!! mungkin ramai tidak tahu mereka telah mendedahkan maklumat peribadi tanpa disedari.ambil sedikit masa untuk prihatin terhadap keselamatan maklumat peribadi anda daripada penggodam.

Apa itu penggodam? secara umum penggodam ialah orang yang menyebarkan Mallware ke dalam komputer.Mereka merupakan komuniti yang memiliki minat besar dalam pengaturcaraan komputer, sering berkongsi tanpa batasan dan kod sumber atau lebih dikenali juga sebagai penggodam jenayah siber cracker.

Penggodam kini bukan sahaja terhad pada rangkaian internet tetapi boleh sampai kepada tahap perbuatan jenayah.Terdapat segelintir pengguna Facebook yang secara tidak langsung menyatakan maklumat peribadi mereka sekaligus dapat menarik perhatian penggodam untuk mencuri maklumat tersebut.

Begitu juga dengan maklumat perbankan internet, paypal mahupun ebay.maklumat perbankan seperti ini agak bahaya jika dijalankan di tempat tempat tidak selamat seperti di kafe siber, wifi restoran makanan segera kerana tanpa disedari maklumat seperti kata laluan untuk perbankan internet dengan sengaja telah memberikan kebenaran kepada penggodam untuk menggodam data peribadi anda

Penggodam akan menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat antaranya melalui rangkaian internet yang tiada firewall , melalui program penggodam phishing dan pencarian kata laluan,,Perhatian harus di ambil dengan emel yang mempunyai ' pop up' dan jika boleh dipadamkan 'pop up' berkenaan kerana berkemungkinan mempunyai Mallware yang dihantar oleh penggodam.

6 comments:

  1. nak goda ZZ leh x? mnta izin ni.. :p

    ReplyDelete
  2. so make sure wat combination dalam password cam h4Z1q4hM0hdZ4k1..coz telor belajr dalm computer security..hehee

    ReplyDelete
  3. yg ptning jgn upload gmbr kat tenet
    kang kene mandrem

    >>_____<<

    ReplyDelete