Sunday 23 May 2010

Dewasa vs Keanak-anakan

ANDA DEWASA SEKIRANYA

1. berpakaian kemas dan rapi tanpa perlu diingatkan serta tidak akan mengeluh saat mengenakan pakaian tersebut

2. Tidak keberatan untuk membawa anak anak saudara membeli belah dan tidak lokek membeli apa yang diminatinya

3. Saat mengalamai kegagalan seseorang itu tidak akan mudah menyerah sebaliknya menjadikan kegagalan tersebut sebagai satu pengajaran

4. tidak pernah malu untuk meminta maaf sekiranya melakukan kesalahan

5. menyimpan sebahagian wang saku atau gaji untuk simpanan dan tidak pernah lupa untuk berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan

6. sentiasa tenang dan tidak mudah baran dalam menghadapi sebarang situasi

7. mempunyai tujuan hidup dan tahu apa yang dilakukan untuk meraih impian

8. sedar akan kekurangan tetapi tahu diri mempunyai segunung potensi yang boleh dikembangkan.

9. bertanggungjawab dan bersedia menanggung sebarang akibat dari perbuatan sendiri

10. tidak pernah sombong dan bangga diri apabila diberi pujian

11. menerima kritikan sebagai panduan ke arah kebaikan

12. berhubungan baik dengan semua orang tanpa memilih pangkat atau kedudukan seseorang

13. tidak pernah menyalahkan orang tanpa sebarang bukti yang kukuh

14. boleh berbincang sebarang topik atau isu dan berfikiran secara terbuka




ANDA KEANAK-ANAKAN SEKIRANYA...

* berpakaian mengikut apa yang disukai dan adakala tidak sesuai dengan situasi atau majlis

* setiap kali memandu kereta seseorang itu akan berkelakuan seperti orang jakun dengan membuka radio sekuat hati sehinggakan orang kat tepi jalan pon boleh dengar..eh ingat jalan ni ayah kau punya!!!!

* tidak peduli apa apa asalkan kehendak hati dapat dituruti sampai kadang2 terpaksa berhutang

* emosi tidak stabil dan cepat marah .contohnya ketika memandu pantang ada kenderaan memotong mulalah nak tunjuk hero dengan menurunkan tingkap dan mengeluarkan kata kata kotor..

* suka mencari perhatian konon nak orang pandang..

1 comment: